Sabtu, 22 Ogos 2009

Puding Roti Kukus

Salam..

Puding Roti style kukus, selalu yati bakar- tapi hasilnya puding roti akan jadi kering-perlukan sos bila nak makan. Yang cantik bila bakar, puding akan nampak keperang-perangan (golden brown) dengan bau yang semerbak. Juga bila dah sejuk, puding jadi sangat kering, keras (macam rupa bingka)..sebab itu perlu sos bila nak makan.

Puding roti kukus ni, tak perlu sos- sangat lembab, sedap makan panas atau sejuk. Emm...lembut di kunyah, tapi sayang warnanya mungkin tak secantik puding roti bakar.






Ok, dah cukup tgk gambar2 puding roti, la ni yati share resepi yang memang sedap, kalau tak jadi cari yati ye..
Bahan2nya:
10 keping roti putih Gardenia - di sapu dengan butter depan belakang.
2 biji telur Gred B
3 cawan fullcream milk Dutch Lady
1 cawan whipping cream
4 sudu makan gula halus
secubit garam halus
* satu tin jagung berkrim (pilihan)
secukupnya kismis hitam
secukupnya almond slices
sedikit madu lebah
Cara2nya:
1. Panaskan pengukus dengan api sederhana.
2. Susun bekas dengan beberapa keping roti yang sudah disapu butter- tutup permukaan bekas.
3. Campurkan semua bahan2 basah - telur,gula,susu,cream,garam dalam bekas dan kacau sebati.
4. Tuangkan sedikit bahan cair ke atas roti yang disusun tadi, kemudian tabur kismis, dan almond slices. Kemudian susun lagi roti bermentega, dan curah bahan cair dan tabur kismis dan almond slices, tuang sedikit madu ke atasnya..buat perkara yang sama sehingga roti dan bahan cair habis.
5. Setelah selesai..biarkan bahan2 tadi meresap, ambil sudu tekan2 agar..bahan cecair meresap ke dalam roti.
6. Kemudian masukkan dalam pengukus, kukus selama 40min dengan api sederhana.
# Bila dah masak puding akan mengelembung sedikit, jangan risau, biarkan seketika, dah sejuk boleh potong dan makan.
Selamat menjamu selera.