Sabtu, 24 Oktober 2009

Buah Strawberry

Salam...


Upload ni saje2 je...saving my precious pictures in my blog. Cantikkan buah merah ni.. Cameron Highland juga hasilkan buah ni..jadi mudah sangat la ni nak dapatkan strawberi tempatan. Harga pun tak la mahal.











Fruit Tartlet

Salam..

Ini lagi satu pastry yang yati buat dan ramai yang sukaaaaa sangat. Dulu yati rajin buat 3 jenis buah..la ni..2 jenis dah la ye..bigger size of course.




Pastrynya sama macam pastry buat blueberry cheese tart di bawah. Yang bawah ni yati kepilkan resepi kastadnya ye..Sangat mudah kalau guna method yang yati tuliskan ni..tapi kalau rasa nak ubah teknik pun tak kisah...kalau bergentel jgn cari yati...so far this is the best method tuk buat kastad. Kat luar ada juga jual custard segera..cuma tambah air.
Custard Cream:
Bahan2nya:
A- 1 biji telur
30g gula halus
20g custard powder - tak kisah la brand apa..tapi ia akan berbeza dari segi warna.
B - 100g milk
100g whipping cream (yang ini boleh abaikan kalau tak de. ganti dgn susu)
C - 1/2 tsp vanila esen.
cara2nya.
1. Satukan bahan A dan kacau sebati. Letak tepi.
2. Panaskan bahan B dengan api perlahan, kejap je..dlm 2/3 minit.
3. Dah tu..tuangkan ke dlm mangkuk bahan A tadi, kacau lagi...kemudian tos kan .
4. Masak atas dapur bancuhan bahan A dan B, atas api yg sederhana. Masukkan bahan C.
5. Kacau ye...jangan berhenti, sehingga bancuhan pekat dan...likat.
6. Masukkan dalam piping beg...dan biarkan sejuk.
7. Bila dah sejuk...picit dlm pastry..dan taruk la buah-buahan kegemaran anda.
* pesanan yati..jangan la guna buah dalam tin..tak cantik!...Kat Tesco banyak jual buah, Giant pun ada!...Tapi kalo nak buah peach..guna la yg dlm tin tu.
Selamat mencuba ye..



Khamis, 15 Oktober 2009

Blueberry Cheese Tart


Salam..

Ramai yang bertanyakan resepi bluberry cheese tart yati. Takkan nak sorok resepi pulak kan...org dah tanya, mesti bagi tau. Bukan secret recipe tau...resepi ni pun ambil dari buku yang yati beli di Bagus section 13 shah alam. Memang bagus buku tu, tak tipu resepi.... Irresistible Pastry by Alex Goh Baking Class.
Ini la rupa tet keju version yati. Mini saja..2/3 kali suap ke mulut dah habis. Rasanya..eemm...yati suka,suami suka..semua org suka....anak2 je tak suka. Kecuali adam, dia suka pastry nye saja tanya filling.


Yang bawah ni rupa tat keju yang baru je keluar dari oven,masa masih panas, cantik rupanya...gelembung..dek suhu panas dalam ketuhar.


Bahan2 sweet pastry.

A.

200g butter
100g gula aising
1/4 tsp vanila esen

B.

1 biji telur gred B
C.

420g tepung gandum
1 tbsp susu tepung


Cara2.
1. Pukul A sampai gebu ,kemudian masukkan B.
2. Ayak C, kemudian masukkan dlm batter, sikit2.
3. Dah sebati., bentukkan dlm acuan.
4. Bakar pada suhu 180 darjah sehinnga masak - kekuningan utk fruit tart. separuh masak utk cheese tart.
* acuan boleh dibeli di kedai barang bakeri.
Untuk filling.
A.
250g cream cheese - brand Anchor lagi sedap
50g gula
25g butter
B.
1 telur gred B
C.
25g whipping cream
D.
20g tepung gandum.
E. Blueberry filling
Cara2.
1. pukul A sampai kembang. Masuk B.
2. Masuk C dan D.
3.Tuang atas pastry yang sudah di bakar separuh masak.
4. Letak blueberry filling ikut suka.
5. Bakar pada suhu 180 darjah dlm 15min.

Sabtu, 5 September 2009

Ayam Masak Lada Hitam.

Salam..

Sejak bulan puasa ni rajin pulak yati mencuba resepi baru. Resepi ni yati invented dari resepi asal Puan Rubiah Suparman, masa dia buat demo masak Udang Masak Black Pepper...since tak de udang dlm freezer...ayam pun boleh juga. Anak2 yati suka lauk ni..walau pun pedas dek lada hitam..anak2 suka..bergelas-gelas sirap deme minum.


Resepi ni kata Puan Rubiah, boleh guna sotong, ayam atau ikan. Yati rasa udang mesti paling sedap..apatah lagi kalau dapat udang yang besar...eemm..mesti sedap.


Resepi yang mudah...utk yang baru nak belajar masak boleh cuba. yati sebernarnya tak berapa pandai memasak yang remeh-temeh..selalu masak yang ringkas dan cepat di masak dan bahan2 yang simple dan mudah jumpa. La ni bila anak2 dah besar sikit..Faris suka cuba masakan yang lebih complicated dan berperisa. Adam....susah sikit nak cuba masakan baru. Masakan ni ok je..dia suka. Best things about my kids..they really appreciate foods.esp bila daddy yang masak!. Kalau sedap laju je mulut memuji... sedap hati mama dengar. Kalau tak sedap..deme tak komplen..tapi dibiarkan saja. Syukur deme tak tau mencaci. Senang bawak ke rumah orang. Kalau sedap..tak habis2 memuji..mana tuan rumah tak suka!..
Bahan2:
4 ketul ayam yang potong sederhana- sapu garam dan kunyit dan goreng sehingga masak. Tak perlu terlalu garing.
1 labu bawang merah yang kecil
2 biji bawang putih
Halia sebesar separuh ibu jari
1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk halus
2 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil kicap masin
1/2 sudu teh serbuk lada putih
2 sudu besar air
3 sudu besar minyak utk menumis
Garam secukup rasa.
Cara2 nya..
1. Goreng ayam, dan ketepikan.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk halus.
3. Masukkan kicap, serbuk lada putih dan ayam.
4. Tambahkan sedikit air, garam, masak sehingga kuah pekat.
5. Boleh diangkat dan hidangkan bersama nasi putih dan timun sebagai ulam.
Selamat mencuba.





Sabtu, 22 Ogos 2009

Puding Roti Kukus

Salam..

Puding Roti style kukus, selalu yati bakar- tapi hasilnya puding roti akan jadi kering-perlukan sos bila nak makan. Yang cantik bila bakar, puding akan nampak keperang-perangan (golden brown) dengan bau yang semerbak. Juga bila dah sejuk, puding jadi sangat kering, keras (macam rupa bingka)..sebab itu perlu sos bila nak makan.

Puding roti kukus ni, tak perlu sos- sangat lembab, sedap makan panas atau sejuk. Emm...lembut di kunyah, tapi sayang warnanya mungkin tak secantik puding roti bakar.






Ok, dah cukup tgk gambar2 puding roti, la ni yati share resepi yang memang sedap, kalau tak jadi cari yati ye..
Bahan2nya:
10 keping roti putih Gardenia - di sapu dengan butter depan belakang.
2 biji telur Gred B
3 cawan fullcream milk Dutch Lady
1 cawan whipping cream
4 sudu makan gula halus
secubit garam halus
* satu tin jagung berkrim (pilihan)
secukupnya kismis hitam
secukupnya almond slices
sedikit madu lebah
Cara2nya:
1. Panaskan pengukus dengan api sederhana.
2. Susun bekas dengan beberapa keping roti yang sudah disapu butter- tutup permukaan bekas.
3. Campurkan semua bahan2 basah - telur,gula,susu,cream,garam dalam bekas dan kacau sebati.
4. Tuangkan sedikit bahan cair ke atas roti yang disusun tadi, kemudian tabur kismis, dan almond slices. Kemudian susun lagi roti bermentega, dan curah bahan cair dan tabur kismis dan almond slices, tuang sedikit madu ke atasnya..buat perkara yang sama sehingga roti dan bahan cair habis.
5. Setelah selesai..biarkan bahan2 tadi meresap, ambil sudu tekan2 agar..bahan cecair meresap ke dalam roti.
6. Kemudian masukkan dalam pengukus, kukus selama 40min dengan api sederhana.
# Bila dah masak puding akan mengelembung sedikit, jangan risau, biarkan seketika, dah sejuk boleh potong dan makan.
Selamat menjamu selera.