Sabtu, 24 Oktober 2009

Fruit Tartlet

Salam..

Ini lagi satu pastry yang yati buat dan ramai yang sukaaaaa sangat. Dulu yati rajin buat 3 jenis buah..la ni..2 jenis dah la ye..bigger size of course.




Pastrynya sama macam pastry buat blueberry cheese tart di bawah. Yang bawah ni yati kepilkan resepi kastadnya ye..Sangat mudah kalau guna method yang yati tuliskan ni..tapi kalau rasa nak ubah teknik pun tak kisah...kalau bergentel jgn cari yati...so far this is the best method tuk buat kastad. Kat luar ada juga jual custard segera..cuma tambah air.
Custard Cream:
Bahan2nya:
A- 1 biji telur
30g gula halus
20g custard powder - tak kisah la brand apa..tapi ia akan berbeza dari segi warna.
B - 100g milk
100g whipping cream (yang ini boleh abaikan kalau tak de. ganti dgn susu)
C - 1/2 tsp vanila esen.
cara2nya.
1. Satukan bahan A dan kacau sebati. Letak tepi.
2. Panaskan bahan B dengan api perlahan, kejap je..dlm 2/3 minit.
3. Dah tu..tuangkan ke dlm mangkuk bahan A tadi, kacau lagi...kemudian tos kan .
4. Masak atas dapur bancuhan bahan A dan B, atas api yg sederhana. Masukkan bahan C.
5. Kacau ye...jangan berhenti, sehingga bancuhan pekat dan...likat.
6. Masukkan dalam piping beg...dan biarkan sejuk.
7. Bila dah sejuk...picit dlm pastry..dan taruk la buah-buahan kegemaran anda.
* pesanan yati..jangan la guna buah dalam tin..tak cantik!...Kat Tesco banyak jual buah, Giant pun ada!...Tapi kalo nak buah peach..guna la yg dlm tin tu.
Selamat mencuba ye..



1 ulasan:

  1. Tart buah Yati mmg marvelous ....sapa yg malas buat sila order ngan Yati gerenti x menyesal

    BalasPadam