Khamis, 15 Oktober 2009

Blueberry Cheese Tart


Salam..

Ramai yang bertanyakan resepi bluberry cheese tart yati. Takkan nak sorok resepi pulak kan...org dah tanya, mesti bagi tau. Bukan secret recipe tau...resepi ni pun ambil dari buku yang yati beli di Bagus section 13 shah alam. Memang bagus buku tu, tak tipu resepi.... Irresistible Pastry by Alex Goh Baking Class.
Ini la rupa tet keju version yati. Mini saja..2/3 kali suap ke mulut dah habis. Rasanya..eemm...yati suka,suami suka..semua org suka....anak2 je tak suka. Kecuali adam, dia suka pastry nye saja tanya filling.


Yang bawah ni rupa tat keju yang baru je keluar dari oven,masa masih panas, cantik rupanya...gelembung..dek suhu panas dalam ketuhar.


Bahan2 sweet pastry.

A.

200g butter
100g gula aising
1/4 tsp vanila esen

B.

1 biji telur gred B
C.

420g tepung gandum
1 tbsp susu tepung


Cara2.
1. Pukul A sampai gebu ,kemudian masukkan B.
2. Ayak C, kemudian masukkan dlm batter, sikit2.
3. Dah sebati., bentukkan dlm acuan.
4. Bakar pada suhu 180 darjah sehinnga masak - kekuningan utk fruit tart. separuh masak utk cheese tart.
* acuan boleh dibeli di kedai barang bakeri.
Untuk filling.
A.
250g cream cheese - brand Anchor lagi sedap
50g gula
25g butter
B.
1 telur gred B
C.
25g whipping cream
D.
20g tepung gandum.
E. Blueberry filling
Cara2.
1. pukul A sampai kembang. Masuk B.
2. Masuk C dan D.
3.Tuang atas pastry yang sudah di bakar separuh masak.
4. Letak blueberry filling ikut suka.
5. Bakar pada suhu 180 darjah dlm 15min.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan